ACO TECH MENGIKAT PERJANJIAN STRATEGIK BAGI MEMPERKUKUHKAN LAGI PENGALAMAN PENGGUNA ATLAS

ACO TECH MENGIKAT PERJANJIAN STRATEGIK BAGI MEMPERKUKUHKAN LAGI PENGALAMAN PENGGUNA ATLAS

 

MALAYSIA, 7 JUN 2022 – ACO Tech, di majlis pelancaran rasmi ATLAS hari ini, mengumumkan kerjasama strategik bersama UOB Malaysia – ahli bank UOB, peneraju bank Asia, Fass Payment Solutions Sdn Bhd (“Fasspay”) – peneraju pembekal e-dompet label putih berlesen dan syarikat tenaga digital tempatan – FIVE Petroleum Malaysia (FIVE) bagi mengeluarkan pengalaman pengguna generasi baharu yang diperibadikan dengan industri automotif. Majlis perasmian dan kerjasama ini turut disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Pengerusi ACO Tech, Dr. Li Chunrong.

 

Diterajui dan dibangunkan secara tempatan, ATLAS merupakan sistem pengendalian yang dibina sebagai penyelesaian sistem automotif yang beroperasi menggunakan sumber terbuka platform Android 10 dan ke atas. ATLAS komited dalam membentuk ekosistem automotif baharu yang menghubungkan perisian dan perkakasan, termasuk sistem maklumat hibur dalam kenderaan, aplikasi mudah alih yang dinamakan ATLAS Auto dan komunikasi sentuhan manusia seperti teknologi yang boleh digunapakai bagi menghubungkan kenderaan dengan aplikasi mudah alih. Direka khusus bagi konsep gaya hidup terhubung manusia yang disepadukan ke dalam pengalaman automotif pemandu, ATLAS merupakan ekosistem berskala yang boleh disesuaikan ke dalam kitaran pembangunan pembuat kereta.

 

Di bawah perkongsian ini, ACO Tech akan bekerjasama dengan UOB Malaysia, Fasspay dan FIVE bagi menghasilkan perkhidmatan terhubung dalam kenderaan hujung ke hujung, seterusnya memperluaskan ekosistem rakan kongsi ke dalam teknologi hak milik syarikat, ATLAS:-

 

  • CIRI PEMBAYARAN KENDERAAN: ACO Tech, UOB Malaysia dan Fasspay (pembekal servis bahagian belakang teknologi kewangan) akan bekerjasama dalam menghasilkan sistem dompet digital dan sistem pembayaran automotif bersepadu yang direka khas untuk persekitaran dalam Ciri-ciri ini akan tersedia selewat-lewatnya pada Q4 2022.

 

  • PENGALAMAN MEMANDU BEBAS GANGGUAN: Kerjasama bersama FIVE akan mengukuhkan lagi pengalaman pengguna ATLAS dengan menawarkan sokongan berkaitan automotif seluruh negara melalui rangkaian luas penyedia perkhidmatan yang diluluskan, peniaga automotif dan pengalaman mengisi minyak yang lancar di stesen minyak

 

Dalam majlis yang sama, ACO Tech juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengembangkan lagi kerjasama bersama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk membangunkan penyelesaian automotif berasaskan awan pada Huawei Cloud untuk pasaran serantau. Kerjasama yang diperluaskan ini bakal menyaksikan kedua-dua syarikat memanfaatkan teknologi masing-masing untuk mempercepatkan inovasi dalam aplikasi perisian untuk Data Raya dan Kecerdasan Buatan bagi terus menggalakkan penggunaan gaya hidup mobiliti pintar.

 

 

“Memandangkan pengeluar automotif berusaha untuk memberikan pengalaman pemanduan yang terhubung dan diperibadikan, amat penting bagi ATLAS untuk menjadi peneraju teknologi yang pantas, berskala besar dan sentiasa berkembang. Di samping memastikan keupayaan teknologi kami di tahap optimum bersesuaian dengan keperluan permintaan yang tinggi, membina hubungan bersama rakan kongsi industri sentiasa menjadi keutamaan di ACO Tech bagi menghasilkan pengalaman dalam kereta yang inovatif serta wajar dengan pemandu,” kata Encik Li Pu, Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Sdn. Bhd.

 

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan UOB Malaysia, Fasspay, FIVE dan Huawei. Kekuatan rakan kongsi kami dalam industri masing-masing dan sumber yang teguh membolehkan kami meluaskan lagi kecekapan ATLAS bagi memastikan kami sentiasa kekal relevan dan tawaran kami boleh diakses di rumah, jalan raya dan di mana-mana sahaja. Pada asasnya, visi teknologi kami adalah untuk memperkaya dan melengkapkan segenap segi kehidupan para pengguna dalam pelbagai cara yang boleh,” sambung Encik Li Pu. Beliau juga mengulas kerjasama global yang memfokuskan pada pengalaman penstriman audio yang sedang dijalankan dan akan diumumkan pada akhir Jun 2022.

 

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 10,000 kereta di jalan raya yang dilengkapi dengan ATLAS dan aplikasi ATLAS Auto. ATLAS kini tersedia di dalam kenderaan yang dilengkapi dengan ATLAS unit infotainment (IHU) yang menggunakan Android 10.0 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut berkenaan ATLAS, sila layari https://acotech.my/

 

 

Nota:

###

 

Ketersediaan ATLAS mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi kenderaan atau memerlukan pemasangan ciri tertentu bagi memastikan kesesuaiannya.



WeChat Official Account