ACO TECH DAN PROTON LANCAR PUSAT PENGALAMAN DIGITAL AUTOMOTIF PERTAMA MALAYSIA

ACO TECH DAN PROTON LANCAR PUSAT PENGALAMAN DIGITAL AUTOMOTIF PERTAMA MALAYSIA

Kuala Lumpur, 19 Jun 2023 – ACO Tech, sebuah syarikat dalam Kumpulan PROTON yang juga dimiliki bersama oleh Altel dan ECARX, hari ini melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, PROTON Digital Experience (PROTON DX).

Terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur, PROTON DX merupakan pusat untuk peminat kereta dan teknologi dari semua peringkat usia untuk berkumpul dan menyaksikan inovasi terbaharu dalam industri automotif. Ia juga bertujuan menjadi platform bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), untuk mencetus minat terhadap bidang tersebut dalam kalangan generasi muda.

Terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur, PROTON DX merupakan pusat untuk peminat kereta dan teknologi dari semua peringkat usia untuk berkumpul dan menyaksikan inovasi terbaharu dalam industri automotif. Ia juga bertujuan menjadi platform bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), untuk mencetus minat terhadap bidang tersebut dalam kalangan generasi muda.

PROTON DX berkeluasan 5,275 kaki persegi, menjadi lokasi yang menggabungkan elemen teknologi interaktif, rekreasi dan gaya hidup untuk mencipta satu pusat pengalaman yang unik. Pusat tersebut mempunyai enam zon.

Tumpuan utama PROTON DX ialah Kokpit Virtual [1], yang mana pengunjung boleh menikmati pemanduan maya dalam sebuah ruang seakan teater tertutup, untuk mengalami mobiliti pintar. Selain mempamerkan teknologi-teknologi automotif dalam pasaran, Kokpit Virtual itu juga berfungsi sebagai platform pengalaman konseptual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa depan.

Reka bentuk PROTON DX yang dirancang dengan rapi itu juga membawa pengunjung ke Zon Aktiviti [1], satu ruang interaktif yang mana pengunjung boleh menikmati permainan pengesan pergerakan secara individu atau bersama keluarga dan rakan-rakan. Zon Aktiviti juga boleh diguna sebagai ruang acara kolaboratif, selaras dengan slogan di dinding: “Let’s Shape the Future of Mobility”.

Selepas mengalami pemanduan maya dan permainan pengesan pergerakan, pengunjung juga boleh bertukar-tukar nota dan pengalaman di Aico Café [2], satu kawasan yang dikhaskan untuk pengunjung berehat dan menikmati minuman dan makanan kegemaran mereka. Kafe tersebut direka untuk menjadi lokasi ideal yang menempatkan pertemuan sosial untuk pemilik PROTON dan komuniti yang sepertinya.

Pengunjung boleh membeli aneka barangan cenderahati di Zon Gaya Hidup[2] yang menampilkan pakaian aktif unik dan barangan gaya hidup hasil kolaborasi antara PROTON DX dan Joma. Kolaborasi ini melambangkan komponen gaya hidup ekosistem mobiliti yang lebih besar, jalinan antara kenderaan yang terhubung dan peranti yang boleh dipakai. Barangan rasmi PROTON juga akan tersedia di pusat itu pada masa akan datang.

Dengan keutamaan pembelian dalam talian yang semakin meningkat, ACO Tech membolehkan peminat permotoran untuk membeli produk terpilih yang tersedia pada aplikasi mudah alih ATLAS Auto mereka. Pada masa yang sama, ACO Tech memahami bahawa pelanggan mahukan pengalaman langsung mengenai produk sebelum membuat pesanan, dan ini boleh dilakukan di pameran ATLAS Mall [2] pusat itu. Selain produk yang dijual dalam aplikasi ATLAS Auto, barangan rasmi daripada jenama lain dalam Kumpulan Geely seperti Lynk & Co dan Zeekr turut dipamerkan.

PROTON DX juga mempunyai perkhidmatan penghantaran kereta khas dengan adanya ruang Delivery Bay untuk meningkatkan keterujaan kepada pelanggan PROTON istimewa yang menerima kenderaan baharu mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Encik Li Pu berkata, “Mobiliti pintar dalam industri automotif berkembang dengan pantas. Kami teruja untuk menyediakan penyelesaian yang meningkatkan pengalaman pemanduan, menjadikan setiap pemanduan adalah baik untuk rakyat Malaysia. PROTON DX adalah salah satu platform yang mempamerkan kepakaran kami. Pusat ini menawarkan ruang yang imersif untuk semua orang mempelajari tentang teknologi inovatif yang digunakan dalam kereta dan pada masa yang sama, memberikan pengalaman yang melangkaui pemanduan di jalan raya. Dalam usaha kami untuk menerajui industri mobiliti pintar, kami berharap PROTON DX akan menjadi platform untuk pendidikan STEM. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan tahap kesedaran teknologi dan pengetahuan negara.”

PROTON DX dibangunkan oleh ACO Tech dengan kerjasama PROTON dan China Construction Bank (CCB).

Pusat itu dibuka setiap hari bermula 10:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di Tingkat Bawah (Ground Floor), Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

[1] Terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran

[2] Semua transaksi di PROTON DX dalam nirtunai



WeChat Official Account