ACO TECH BEKERJASAMA DENGAN PAY & GO DARI SARAWAK UNTUK PEMBAYARAN LEBIH LANCAR MELALUI IHU ATLAS DALAM MODEL PROTON

ACO TECH BEKERJASAMA DENGAN PAY & GO DARI SARAWAK UNTUK PEMBAYARAN LEBIH LANCAR MELALUI IHU ATLAS DALAM MODEL PROTON

Kuching, 4 Oktober 2023 – ACO Tech, syarikat yang dimiliki bersama oleh PROTON, Altel dan ECARX, hari ini mengumumkan integrasi bersama Pay & Go, aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak, ke dalam perisian ATLAS infotainment head unit (IHU) bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran di tempat letak kereta.

Kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia ini dimeterai menerusi Perjanjian Integrasi Produk (PIA) dan bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna dan pengalaman pemanduan. Hadir pada majlis pertukaran PIA ialah Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Encik Li Pu dan Ketua Pegawai Eksekutif Pay & Go, Encik Eddie Wee. Majlis pertukaran perjanjian disaksikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Encik Roslan Abdullah. Majlis pertukaran PIA ini diadakan di Kongres Teknologi Dan Inovasi Dunia (WCIT 2023) di Kuching, Sarawak.

Aplikasi parkir pintar Pay & Go membolehkan pengguna membayar caj tempat letak kereta secara terus tanpa perlu keluar daripada kenderaan, menerusi paparan skrin; tiada lagi tiket parkir fizikal atau keperluan untuk menggunakan telefon bimbit1. Menerusi kerjasama ACO Tech, solusi yang mudah ini akan diintegrasikan ke dalam model-model terpilih PROTON yang dilengkapi dengan sistem pengoperasian automotif pertama Malaysia, ATLAS OS.

Pay & Go memanfaatkan teknologi pengecaman nombor plat yang mengetepikan keperluan mesin auto pembayaran (autopay). Sebaik sahaja pengguna menyimpan nombor plat mereka dalam akaun Pay & Go, mereka boleh menggunakan kredit yang boleh dibeli dalam aplikasi untuk membuat pembayaran terus dari IHU sebelum menghampiri pintu keluar. Pembayaran menggunakan QR menerusi aplikasi pembayaran tempatan, S Pay Global, juga diterima. Selain itu, perisian akan dikemaskini bagi membolehkan pengguna membayar terus daripada akaun e-dompet ATLAS Pay.

Bermula 4 Oktober 2023, PROTON X70 dengan IHU ATLAS1 menjadi model pertama yang menggunakan integrasi inovatif ini. Pay & Go akan diintegrasikan dalam model-model PROTON yang lain bermula dengan siri X, menerusi kemas kini over-the-air (OTA).

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Encik Li Pu berkata, “Teras ACO Tech adalah menerusi inovasi kami untuk menyediakan kemudahan dan meningkatkan pengalaman memandu secara keseluruhan bagi pelanggan. Dengan kerjasama rakan kongsi seperti Pay & Go yang memiliki tawaran nilai yang serupa, kami kini menawarkan solusi pembayaran parkir yang berorientasikan pelanggan melalui peranti IHU kami. Integrasi Pay & Go ke dalam ATLAS menggariskan komitmen kami untuk menyediakan solusi berteknologi tinggi kepada pelanggan yang kami hargai. Kami berhasrat untuk menjadikan pengalaman pemanduan lebih mudah dan menyeronokkan untuk pemandu dan akan terus berinovasi membentuk masa depan teknologi automotif.”

Ketua Pegawai Eksekutif Pay & Go Encik Eddie Wee berkata, “Pay & Go bukan hanya sekadar penyedia solusi pintar di tempat letak kereta. Tawaran nilai kami memudahkan gaya hidup bagi pengguna. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ACO Tech dalam mengintegrasikan lebih banyak kemudahan gaya hidup dalam model PROTON untuk menambah baik pengalaman pelanggan secara keseluruhan. Kami juga mempunyai rancangan untuk melancarkan lebih banyak ciri dalam sistem ATLAS antaranya, eReservation untuk makanan dan minuman, dan Tempahan Tempat Letak Kenderaan dalam masa yang akan datang.”

Perkhidmatan Pay & Go tersedia di 28 lokasi terutamanya di Kuching dan akan memperluaskan lagi penawaran dilebih banyak kawasan termasuk Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut mengenai integrasi tempat letak kenderaan pintar ini, sila layari laman web rasmi, Facebook atau Instagram ACO Tech, dan laman web rasmi Pay & Go, Facebook atau WhatsApp ke 010-200 3988.



WeChat Official Account