ACO Tech Dinilai Tahap 3 pada CMMI

ACO TECH DINILAI TAHAP 3 PADA CMMI

13 Januari 2025 — ACO Tech hari ini mengumumkan bahawa syarikatnya telah berjaya dinilai pada Tahap 3 untuk Integrasi Model Kematangan Keupayaan (CMMI®) oleh ISACA. Penilaian tersebut dilakukan oleh mfQ Asia Sdn Bhd.

CMMI ialah model prestasi berasaskan hasil yang terbukti dan merupakan piawaian yang diterima secara global untuk meningkatkan keupayaan, mengoptimumkan prestasi perniagaan dan menyelaraskan operasi dengan matlamat perniagaan.

Penilaian pada Kematangan Tahap 3 (Maturity Level 3) menunjukkan bahawa organisasi beroperasi pada tahap yang “ditakrifkan”. Pada peringkat ini, proses dicirikan dan difahami dengan baik serta dihuraikan dalam piawaian, prosedur, alatan dan kaedah. Set proses piawaian organisasi yang diwujudkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa merupakan asas untuk Kematangan Tahap 3 (Maturity Level 3).

“Dalam tempoh hanya lebih lima tahun beroperasi, skop penyelesaian ketersambungan kenderaan ACO Tech dan kesannya terhadap rangkaian pengguna kami yang semakin meningkat telah berkembang dengan pesat. Penilaian CMMI ini mengesahkan kualiti dan hala tuju operasi kami, mencerminkan komitmen kami untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan ACO Tech,” kata Li Pu, Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech.

“Organisasi di seluruh dunia memanfaatkan CMMI bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi, sekaligus mencipta kelebihan saingan yang mampan dalam proses tersebut,” kata Ron Lear, Naib Presiden, Rangka Kerja dan Model di ISACA.                             

“Kami mengucapkan tahniah kepada ACO Tech atas pencapaian tahap penilaian CMMI ini dan menunjukkan keupayaan mereka sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi.”

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian prestasi CMMI, lawati www.isaca.org/enterprise/cmmi-performance-solutions.



WeChat Official Account