ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services) merupakan sistem infohibur dalam kenderaan yang menawarkan pengalaman pintar, setempat, dan terhubung di antara kereta dengan pemandu di Malaysia. Dibangunkan dan diketuai sepenuhnya oleh pasukan dari Malaysia, ATLAS direka khas dengan mementingkan pengalaman tersendiri, menjaringkan hubungan di antara pemandu dengan kenderaan ke arah masa depan yang intuitif.  Kuasa sistem berkenaan direka untuk memenuhi keperluan dan kecenderungan gaya hidup rakyat Malaysia yang berbeza-beza.

ACO Tech sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan kerjasama dengan pihak luar sama ada pihak industry atau agensi-agensi kerajaan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh e-melkan ke talkto@myatlas.com.my.

Sistem Infohibur

Disajikan dengan pelbagai pilihan kandungan, sistem infohibur ATLAS juga dibina dengan pembantu suara yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan untuk meningkatkan keupayaan mengenal pasti sebutan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia dalam nada dan kelajuan berbeza. Notifikasi pintarnya akan memberi amaran kepada pemandu jika berlaku cuaca yang melampau atau apabila ia mengesan tayar kenderaan pancit. Pembantu suara ATLAS juga boleh diubah suai mengikut kehendak pemilik. Ciri-ciri lain yang terdapat dalam sistem infohibur ATLAS termasuk sistem navigasi ATLAS Map, A-Store, Kalendar, ATLAS Pay, dan banyak lagi.

ATLAS Pay

ATLAS Pay merupakan pembayaran dalam talian di dalam kenderaan pertama di Malaysia. Ia menyepadukan teknologi di dalam kenderaan dengan ATLAS sekali gus membolehkan pemandu membuat pembayaran untuk urus niaga tanpa perlu keluar dari kenderaan. Ini seterusnya meningkatkan lagi pengalaman pemanduan secara keseluruhannya. ATLAS Pay boleh didapati di dalam aplikasi mudah alih ATLAS Auto. Ia bakal menjadi salah satu sistem pembayaran dalam kereta pertama di Malaysia selepas disepadukan dengan system infohibur kenderaan.

Aplikasi Mudah Alih ATLAS Auto

Dibina khas untuk komuniti otomotif, ATLAS Auto adalah aplikasi yang menghubungkan pelbagai penyedia kandungan dan rangkaian, serta pengeluar kereta. Aplikasi mudah alih ini adalah inovasi generasi hadapan yang menawarkan ciri-ciri menarik dan unik seperti hiburan, rangkaian sosial, pembelian dalam talian, pembayaran e-dompet, peranti boleh pakai pintar, dan banyak lagi.

ATLAS AUTO MERCHANT

Kami ingin mengajak anda untuk mengembangkan perniagaan anda dengan ATLAS Auto Mall, sekiranya anda merupakan entiti perniagaan yang menyediakan jenis-jenis perkhidmatan seperti berikut: 1. aksesori pintar untuk kenderaan 2. produk-produk berkaitan IT 3. makanan & minuman 4. pakej percutian dan pelancongan 5. dan sebagainya, Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di merchants@myatlas.com.my

WeChat Official Account