
ACO TECH PERKENAL SISTEM INFOHIBUR GENERASI SETERUSNYA: ATLAS
MALAYSIA, 30 SEPTEMBER 2021 – ACO Tech, sebuah syarikat peneraju dalam menawarkan mobiliti pintar di Asia Tenggara hari ini memperkenalkan teknologi generasi seterusnya ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services). Ia merupakan satu sistem infohibur kenderaan yang bakal mengukuhkan lagi kedudukan ACO Tech dalam menyepadukan gaya hidup yang sentiasa terhubung ke dalam pengalaman automotif rakyat Malaysia. Dibangunkan dan diketuai sepenuhnya oleh pasukan dari Malaysia, ATLAS disokong oleh aplikasi mudah alih percuma ATLAS Auto dengan ciri yang mengutamakan aspek mobiliti, kemudahan serta kawalan.