ACO TECH MEMBAWA SPOTIFY KE DALAM SISTEM OPERASI ATLAS
MALAYSIA, 4 JULAI 2022 – ACO Tech, peneraju penyedia mobiliti pintar ASEAN, hari ini mengumumkan perkongsian baharu mereka bersama Spotify – satu kerjasama yang akan menyaksikan perkhidmatan langganan penstriman audio paling terkenal di dunia tersedia dalam segmen pasaran kereta semasa melalui penyepaduan dengan ATLAS, sistem operasi infotainment di dalam kereta yang dibangunkan oleh ACO Tech.
Dengan kerjasama ini, pengguna ATLAS akan dapat menikmati pengalaman audio yang diperibadikan dari Spotify secara percuma dan premium semasa mereka memandu, melalui Unit Utama Infotainment (IHU) kenderaan mereka:
Pengguna boleh terus berhubung dengan lebih 82 juta trek audio dan melebihi 4 juta tajuk podcast.